Setelah menamatkan pengajian di peringkat PRA UNIVERSITI (TING 6), saya ditawarkan untuk bekerja di sebuah Syarikat stokis sdn bhd. Stokis Sdn. Bhd. yang terletak di Kaw. Pekan Asajaya, Sarawak. Saya ditawarkan jawatan sebagai Kerani Pemasaran. Saya memulakan kerja pada bulan Jun 2011. Stokis Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat barangan order yang mana merupakan salah satu peneraju dalam bidang pemakaian, barang alatan, perhiasan dan sebagainya. Antara skop kerja yang menjadi tanggungjawab saya ialah memastikan semua invoice barang sentiasa betul, sering berjumpa pelanggann/komunikasi dengan pelanggan dan memastikan barangan order berfungsi dengan baik. Disamping itu, saya juga didedahkan kepada persekitaran kerja berpasukan dimana koordinasi yang baik antara satu sama lain, yang mana terlibat dalam membolehkan sesuatu matlamat yang dicapai.
Setelah meninggalkan majikan lama dengan hasrat untuk menimba lebih pengalaman dan menceburi kerjaya yang lebih mencabar disamping tawaran yang lebih menarik. Di sini saya ditawarkan dengan gaji permulaan yang agak lumayan. Saya di tugaskan di Bahagian pentadbiran. Bidang ini lebih mencabar kerana suasana kerja di persekitaran yang agak kelam kabut. Demi untuk mencari rezeki yang halal dugaan ini saya anggap satu cabaran yang baru dalam kerjaya saya walaupun ianya sebuah syarikat swasta. Disini saya bekerja secara 'office hour' yang mana dapat membolehkan saya meluangkan hujung minggu dengan tugasan dan ke kelas.
No comments:
Post a Comment