kelayakan Akademik

Setiap orang daripada kita pasti akan menuntut ilmu bagi menambahbaik segala perlakuan, sikap, disiplin dan keilmuan.Saya juga tidak ketinggalan di dalam mendapat ilmu sejak daripada peringkat bayi lagi.Didikan pertama sudah pasti daripada ibubapa tersayang, tanpa mereka maka setiap anak didunia ini akan hilang arah tujuan. cuba kita bayangkan anak-anak yang tidak dapat belaian kasih sayang daripada ibubapa, bagaimana mereka hidup? bagaimana mereka belajar berjalan?. Allah swt itu kaya, sudah pasti anak-anak itu terpelihara. 

Saya mendapat pendidikan awal di tadika kampung Tambirat, dan meneruskan persekolahan ditahap rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tambirat.Seterusnya bersekolah menengah dan mendapat pendidikan diperingkat STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya.Pada masa ini meneruskan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Univeriti Utara Malaysia Secara Pengajian jarak jauh. Walaupun sebagai pelajar jarak jauh, tetapi saya bertekad untuk untuk menamatkan pengajian saya dengan cemerlang.kerana bagi saya kalau kita berusaha inginkan sesuatu yang lazimnya kita akan memperolehnya jadi untuk mencapai kecemerlangan, kita perlu memupuk dan membina semangat yang kuat serta keazaman yang kental agar apa jua cabaran dapat kita tepis dan tankis. 

Life doesn't get easier, you just get stronger!!!

No comments:

Post a Comment