Hidup perlu diteruskan tapi mesti bertujuan~~
Setiap daripada kita sudah pasti ada pengalaman yang sukar dilupakan. sama ada ianya pengalaman manis atau pahit sudah pasti ianya memberi hikmah kepada kita. Kerana saya yakin bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuan daripada yang Maha Kuasa yang semestinya untuk kebaikan pada hamba-hambanya. Untuk diri saya sukar untuk mengagihkan kenangan manis dan pahit kerana ianya terlalu banyak yang hendak diperkatakan.
Saya amat bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana limpah kurnianya saya dilahirkan di dalam keluarga Islam, Umat Nabi Muhammad saw. Sehingga ke hari ini saya masih tercari-cari dimanakah kunci nya kepada Iman. Ini kerana saya akui bahawa bukan senang hendak beroleh iman yang kuat kerana ianya bagi saya adalah kurnia daripada Allah swt. Saya bermohon kepada Allah untuk diteguhkan iman di dalam hati ini kerana saya hendak menjadi Hamba-Nya yang sebenar-benar hamba. Saya tidak pernah mengharapakan apa-apa selain perkara diatas kerana takut jatuh syirik kecil kerana bagi saya membuat sesuatu dengan mengharapkan sesuatu maka ianya akan jadi tidak ikhlas. Perkara ini juga di ajar di dalam Silat Cekak dimana apabila kita bersolat, bukan pahala yang kita cari, kita mahu sujud dan sembah Allah tanpa rasa mahu dibalas. Perkara itu adalah wajib dilakukan dan sewajibnya perlu dilakukan tanpa alasan. Cuma Allah itu amat pemurah dan penyayang, tidak perlu mengharapkan balasan sudah pasti Allah akan tunaikan apa yang telah di kalam kan.
Kita cuma perlu meminta-minta di dalam doa yang mana ianya merupakan senjata orang mukmin yang paling nyata. Sejarah pernah membuktikan dengan hanya pertolongan dari Allah maka itulah yang terbaik. Saya rasa itu cuma pandangan mengikut ilmu yang saya pelajari dan tidak niat untuk membuat keputusan. itu cuma pandangan saya yang paling bodoh mengikut taraf ilmu yang cetek yang pernah saya pelajari. penerusan pencarian ilmu masih terus di cari bagi mencari kebenaran dan tujuan makna kehidupan.
No comments:
Post a Comment