Namaku diberi Siti Aniqah Binti Suip. Dilahirkan pada 05 April 1991 dengan berat 3.2 kg, aku dilahirkan pada hari jumaat pada jam 9.30 malam bersamaan 20 ramadhan di salah satu daerah kecil dalam Negeri Sarawak iaitu Daerah Samarahan. Ibu bernama Hajah Halimah Binti Marsal manakala ayah Haji Suip Bin Aris.. Aku mempunyai 7 orang adik beradik, 5 lelaki dan 2 perempuan. Aku adalah anak keempat daripadanya.
Kerana ingin pengalaman yang luas, aku bekerja apa sahaja pekerjaan asalkan ianya memperoleh rezeki yang halal. Tiada istilah memilih kerjaya mahupun gaji yang lumayan. jadi, aku memulakan kerjayaku hanya sebagai kerani sahaja..berkhidmat di sektor Swasta setelah tamat pengajian di tingkatan enam dari tahun 2010 hinggalah 2013.walaupun pelbagai temuduga aku pergi, Namun rezeki tidak menyebelahiku. walaupun tidak bekerja dalam sektor Kerajaan, aku tetap men'positive'kan diri bahawa.."Kejayaan seseorang itu bukanla semudah memetik jari di tangan"
pendidikanku
Aku mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tambirat dan seterusnya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya..Alhamdulillah dengan keputusanku yang tidak seberapa itu aku melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam,..Namun begitu desakan hidup memaksa aku untuk tidak meneruskan pelajaran ke peringkat Ijazah. Aku mula mencari pekerjaan..Dan sekarang, dengan keazaman dan tekad yang tinggi aku gagahkan diriku untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Awam dengan Kepujian Universiti Utara Malaysia. Walaupun sekadar pengajian jarak jauh ia tidak mematahkan semangatku untuk terus berusaha mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya menaik taraf pekerjaanku. Aku sering mengingatkan diriku bahawa "tiada apa yang mustahil di dunia ini, asalkan ada usaha yang diringi doa dan tawakal, kita pasti akan berjaya"..
'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..In sha Allah.."
ReplyDeleteyalah kan..insyaallh..tenkiu2..
Delete